Riangria.my

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda

6 Punca Utama Berlakunya Migrain

Punca utama berlakunya migrain ialah;

 

PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate, keju, nitrate, coklat, kekacang, alcohol dan aspartame boleh menyebabkan anda diserang migraine kerana ada antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak dengan mengembangkan saluran darah.

Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman bergas juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

 

HORMON

Bagi perempuan turun anik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala atau mengamalkan pil perancang.

 

CARA HIDUP

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebh atau kurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar saat akhir dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton televisyen atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakanpunca-punca diserang migraine.

 

PERSEKITARAN

Faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising dan persekitaran yang kurang selesa.

 

STRESS

Faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dan sebagainya boleh menyebabkan migrain.

 

KECEDERAAN LAMA

Punca lain yang menyebabkan migraine ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yang berlaku pada saraf sama ada pada bahagian tengkuks atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan migrain

7 Risiko Yang Sering Terjadi Ketika Memborong Barang Dari China Secara Online

Risiko Ketika Memborong Barang Dari China Secara Online

 

Memborong barangan dari China secara online juga mempunyai risikonya tersendiri. Semua risiko ini akan terjadi jika seseorang itu tidak berhati-hati dan tiada pengetahuan yang mendalam untuk memborong secara online barangan dari Negara China.

 

Kerana terlalu gairah untuk mendapatkan barangan secara borong di China ramai yang memborong tanpa ilmu yang secukupnya dan akan telah menanggung kerugian. Berikut adalah beberapa risiko yang perlu ditanggung jika transaksi memborong secara online tidak menjadi. Masalah yang sering timbul adalah seperti;

 

1. Ditipu Supplier

Tidak semua supplier yang jujur dan ada yng menjalankan perniagaan dengan menipu pelanggan. Agak malang jika anda mendapat supplier yang menipu dalam menjalankan perniagaan borong ini. Risiko ini tinggi kerana anda tidak akan bersemuka dengan supplier secara terus kerana komunikasi anda dengan supplier hanya dalam talian maya.

 

2. Stok Yang Tak Boleh Pakai

Alamak.. lain yang anda pesan.. lain pula barang yang datang.. keadaan ini akan menyebabkan anda menyimpan stok barang yang salah dan sukar untuk dipromosikan. Mungkin stok yang anda simpan tersebut juga mengalami kerosakan dan menyukarkan anda untuk menjualnya.

 

3. Tersalah  Pilih Stok Yang Tak Terjual

Kes ini kurang lebih sama seperti kes di atas. Kerana tidak membuat kajian pasaran yang mendalam, risiko untuk memilih stok yang salah agak tinggi. Akhirnya stok tersebut akan susah dijual dan anda bakal mengalami kerugian.

 

4. Barang Yang Ditempah Tidak Diterima Atau Hilang

Rugi memang rugi.. proses bayaran telah dibuat. Namun barang yang telah ditempah ditdak diterima. Lebih teruk kalau barangan tersebut tidak diketahui dimana tempatnya dihantar.  Terpaksa pasrah kalau kejadian seperti ini terjadi.

 

5. Barang Terima Tapi Tidak Seperti Gambar Dijual

Gambar yang dipaparkan dalam laman web borong semuanya cantik-cantik belaka. Memang tertarik dan menawan pelanggan untuk mendapatkannya. Namun, ketika barangan yang telah ditempah sampai, lain pula keadaan barangan tersebut. Tidak seperti yang digambarkan dalam laman web. Ramai yang telah mengalami keadaan seperti ini.

 

6. Barang Di Tahan Kastam

Besar kemungkinan barang yang kita tempah secara borong akan ditahan oleh kastam. He.. meungkin barangan tersebut ada melanggari peruntukkan undang-undang dalam Negara.

 

7. Barang Kena Cukai Yang Tinggi

Tidak mustahil barangan yang kita tempah dikenakan cukai yang tinggi oleh kerajaan. Mungkin sebelum kita membuat pembelian borong kita tidak mengetahui cukai barangan tersebut. Selepas kita membuat bayaran barangan tersebut pihak kerajaan akan mengenakan cukai yang tidak terfikir oleh kita. Risiko kerugian itu memang ada pada tahap ini.

 

Oleh yang demikian anda perlu membuat kajian yang medalam sebelum memborong dengan lebih serius barangan dari china.

 

PANDUAN RAHSIA TAOBAO INI BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN ANDA UNTUK MENGETAHUI SELOK BELOK DENGAN MENDALAM BORONG BARANGAN DARI CINA

Ciri-Ciri Barang Yang Sesuai Diimport Di Taobao.Com Untuk Dijual Dalam Pasaran Tempatan

Ciri-Ciri Barang Yang Sesuai Diimport Di Taobao

 

Seperti yang kita ketahui, Taobao.com mempunyai berjuta-juta barang yang didagangkan. Barangan yang terdapat di Taobao ini mempunyai pelbagai bentuk, saiz, ciri-ciri dan rupa. Bagi peniaga, pilihan barangan yang banyak ini merupakan kelebihan kepada mereka. Barangan yang hendak diimport boleh dicari dengan senang.

 

Walau bagaimanapun, memilih barangan di Taobao juga tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Kajian yang mendalam harus dilakukan sebelum memborong di Taobao. Ini adalah untuk mengelakkan seseorang pemborong itu tidak mengalami kerugian kerana tersalah import  barangan di Taobao.

Apakah ciri-ciri barangan yang paling sesuai diimport di Taobao dan mendatangkan untung yang maksimum apabila didagangan di pasaran tempatan?

Berikut merupakan beberapa ciri-ciri barang yang  sesuai untuk diimport di Taobao dan dipasarkan dalam pasaran tempatan dengan keuntungan yang tinggi.

 

#1 Barangan Yang Kecil Dan Ringan Untuk Dibawa

Jika anda memborong barangan yang bersaiz besar dan berat kos yang anda keluarkan akan meningkat. Ini adalah kerana semakin besar dan berat produk anda, semakin tinggi kos pengiriman dari pengilang kepada anda, dan dari anda kepada pelanggan. Kalau kita tambahkan lagi dengan kos lain seperti pemulangan produk yang rosak dan simpanan, kos-kos ini akan menelan sebahagian besar keuntungan anda.

#2 Produk  Yang Diborong Perlulah Spesifik, Niche  dan Khusus

Semakin spesifik produk anda borong di Taobao, semakin kurang persaingan anda untuk memasarkan produk tersebut. Sebagai contoh jika anda mahu memborong jam tangan, janganlah memborong semua jenama jam tangan yang ada di Taobao. Carilah jenama jam yang spesifik untuk anda borong dan pasarkan di pasaran tempatan.

 

#3 Produk Yang Mempunyai Permintaan Sepanjang Masa

Carilah  produk di Taobao yang akan senantiasa mempunyai permintaan, sepanjang tahun. Elakkan memborong produk bermusim seperti barangan hiasan hari raya, atau produk-produk yang sangat bergantung kepada trend semasa sahaja.

 

#4 Produk Yang Boleh Dijual Pada Harga Sekurang-Kurangnya Sekali Ganda Modal

Carilah produk yang boleh mendatang keuntungan 100%. Jual barangan yang telah diimport di taobao pada harga sekali ganda modal.  Untuk menjual barangan tersebut dengan keuntung yang tinggi lakukan terlebih dahulu harga pasaran semasa . Cari kedai-kedai online di internet, dan bandingkan harga yang ditawarkan mereka dengan harga modal anda. Jika keuntungan anda di bawah 100%, lebih baik cari produk lain. Jika kena pada caranya barangan yang anda jual juga boleh mendapat keuntungan 300%, iaitu harganya adalah 3 kali ganda harga modal

 

PELAJARI DENGAN LEBIH MENDALAM CARA IMPORT DI TAOBAO YANG MENGUNTUNGKAN PERNIAGAAN ANDA

Jenis Barangan Yang Tidak Digalakkan Ketika Memborong Di Taobao

Elakkan Memborong Barangan Jenis Ini Ketika Pertama Kali Memborong Di Taobao.com

 

#1 Barangan Jenis Mekanikal,  Memerlukan Kualiti Tinggi Dan Jaminan Produk

Seboleh-bolehnya elakkan dari memborong produk-produk seperti ciri-ciri ini. Contohnya barangan elektrikal seperti blender. Kita kena beringat yang produk kita ini diimport dari China kadang kala tidak seperti kualiti barangan Jepun atau Jerman. Jadi, pilihlah benda yang tidak mekanikal.

 

#2 Barangan Yang Telah Banyak Dipasarkan  Di Pasaraya Seperti Giant, Tesco Atau Mydin

Seeloknya jangan memborong barangan yang telah banyak dijual di pasar raya tempatan.  Apa yang kita perlukan adalah satu produk niche, khusus yang mempunyai permintaan yang konsisten dan berpanjangan, dan boleh dijual pada harga 100% keuntungan. Anda tidak mungkin dapat memborong dan menjual produk pasaraya seperti stokin pada harga yang kompetitif. Lagipun, kalau pembeli boleh saja turun ke supermarket, beli dan terus guna, kenapa kena bayar online, dan tunggu 2-3 hari untuk dapat barang?

 

#3 Barangan Yang Telah Mempunyai ‘Powerseller’ Yang Ramai, Yang Mampu Menjual Pada Kuantiti Yang Banyak.

Contoh produk seperti  iPhone casing dan jersi bola telah mempunyai ramai penjual yang kompetetif. Jika anda memborong barangan jenis ini di Taobao mungkinanda  akan menghadapi masalah. Produk-produk sebegini mempunyai ramai ‘PowerSeller’ dan  sukar untuk anda melawan harga yang ditawarkan mereka ini. Mereka dengan senang sahaja boleh menghancurkan perniagaan anda dengan menjual pada harga sangat rendah, malahan lebih rendah dari harga modal anda. Ini kerana ‘PowerSeller’ memborong dalam jumlah yang sangat besar, dan hasilnya modal setiap item produk mereka pun sangat rendah. Anda perlu mencari produk yang tidak mempunyai ‘PowerSeller’, dan biasanya produk yang niche dan khusus tidak akan disentuh mereka.

 

#4 Barangan Yang Sangat Sensitif & Elektronik

Dari segi standard  kualiti pengilangan dari China tidaklah tinggi, jadi elakkan produk-produk yang sensitif dan memerlukan ketepatan tinggi seperti barangan elektronik. Barangan elektronik seperti speaker, mikrofon  memang nampak cantik bagi keluaran China, namun kualiti produknya boleh diragui.

PANDUAN IMPORT DARI CHINA INI AKAN MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN PRODUK BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN PERNIAGAAN ANDA!!

Cara Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?

 PERNIAGAAN BAKERI DARI RUMAH

Fuhh.. Untung buat bisnes bakeri ni boleh mencecah angka 4 hingga 5.. Untung memang untung.. terutama bagi suri rumah yang nak mulakan bisnes bakeri dari rumah secara sampingan atau sepenuh masa.. TAPI MACAM MANA NAK MULAKAN BISNES BAKERI?

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini!

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah….

  • Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?.
  • Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
  • Di mana nak belajar buat kuih?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran anda kan?

Tapi jangan risau dan khuatir…. semua jawapan bagi persoalan diatas, AKAN DIJAWAB MELALUI  panduan   di dalam ebook dibawah…

Kelebihan Buat Duit Dengan Bisnes Bakeri Dari Rumah Untuk Suri Rumah Sepenuh Masa

BELAJAR BISNES BAKERI

Bisnes sepenuh masa dari rumah telah menjadi trend terkini bagi masyarakat Malaysia. Dengan perkembangan teknologi internet yang semakin canggih, telah memudahkan lagi operasi usahawan menjalankan bisnes dari rumah. Kini suri rumah yang mementingkan  penjagaan keluarga sepenuhnya tidak terkecuali untuk terlibat dalam bisnes dari rumah. Antara bisnes yang rancak diusahakan oleh kebanyakkan  suri rumah sepenuh masa kini adalah BISNES BAKERI.

Ya.. Kenapa BISNES BAKERI dari rumah menjadi pilihan sebilangan besar suri rumah untuk menjana pendapatan. Berikut merupakan perkongsian yang diberikan oleh Pn Nik Roslin Nik Men (Penulis Ebook Bisnes Bakeri) yang merupakan seorang suri rumah dan pakar perniagaan bakeri dari rumah.

 

Beliau menyenaraikan seperti berikut  sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.

 

# Kos Pemulaan Bisnes Bakeri Yang Kecil

Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa. Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda

 

# Tidak Perlu Terlalu Menjual.

Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order

 

# Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

 

# Urusan Rumah tangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga

PANDUAN TERBAIK BISNES  BAKERI DARI RUMAH

Rahsia Taobao: Panduan Terbaik Borong Barangan Dari China Secara Online Dengan Selamat

Panduan Memborong Di Taobao.com

Ramai orang mahu mengimport atau memborong barangan dari Negara China secara online. Dengan memborong barangan dari Negara China secara online sudah semestinya kita boleh mendapatkan harga barangan yang jauh lebih murah dari harga pasaran dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti.

 

Walau bagaimanapun, memborong atau mengimport barangan secara online dari China bukan sesuatu perkara yang mudah jika kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai proses memborong tersebut. Ramai yang telah memborong barangan secara online dari China tanpa ilmu yang betul akhirnya akan merugikan diri sendiri.

 

Maka sebelum kita memborong barangan dari Negara China eloklah lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya mengenai proses memborong tersebut.

 

JADI.. PENYELESAIANNYA ADALAH…

Untuk memudahkan orang ramai belajar dan menimba ilmu memborong barangan China dengan betul dan selamat, maka, seorang usahawan online tempatan iaitu Saudara Nigel Ong telah berkongsi pengalaman beliau sendiri. Sebagai  panduan kepada orang ramai yang berminat memborong barangan dari China, maka Saudara Nigel Ong telah menghasilkan Ebook yang diberi nama….

PANDUAN IMPORT BARANG CHINA OLEH NIGEL ONG

 

Melalui ebook ini, saudara Nigel Ong akan berkongsi pelbagai rahsia dan panduan untuk memborong di sebuah laman web dari China iatu taobao.com. Antara rahsia yang dikongsikan oleh beliau adalah;

 

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku

Melalui ebook ini, saudara Nigel Ong telah menyenaraikan 5 ciri yang perlu  perhatikan oleh pemborong apabila memilih barang yang mahu diborong pada TaoBao.com. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri-ciri yang disenaraiakan oleh sauara Nigel Ong anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.

Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!

 

Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!

Selain itu, saudara Nigel Ong juga, menyenaraikan 4 ciri produk yang perlu anda elakkan apabila ingin memborong barang di TaoBao.com . Jika anda membeli produk-produk ini, ada kemungkinan besar, anda akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Jadi, seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang mempunyai 4 ciri  yang dinyatakan dalam ebook ini.

 

Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com

Ini adalah rahsia yang paling-paling-paling penting. Jika anda menyangka anda boleh terus pergi ke website TaoBao dan membeli barang disana seperti anda biasa membeli di website-website e-commerce yang lain, maka, anda sedang melakukan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR!

 

Melalui ebook ini Nigel Ong akan  tunjukkan kepada anda secara langkah demi langkah beserta secreenshoot-secreenshoot, bagaimana anda boleh membeli barangan di TaoBao dengan cara yang SELAMAT dan BETUL!.

 

Jika anda berminat untuk memborong barangan dari China dengan selamat dan menguntungk, Ebook Rahsia Taobao ini boleh dijadikan rujukan terbaik anda. SEMOGA PERNIAGAAN ANDA TERUS MAJU..

6 Kebaikan Menyertai Program Affliate Jamumall.Com

Program Affliate Jamumall.com

 

Ya.. Mungkin ini pertama kali anda mengetahui kewujudan kedai online Jamumall.com

 

Jamumall.com merupakan jenama baru kedai online di Malaysia..

 

Ya.. Jamumall.com merupakan kedai online yang  menjual produk kecantikan dan kesihatan pelbagai jenama hebat di Malaysia seperti Nurraysa, Addar Beauty, B’VEENA skincare dan banyak lagi.

 

Menarik mengenai jamumall.com ini adalah diasaskan oleh ikon usahawan OKU yang telah berjaya iaitu saudara Khairul Nizam Wasidin.  Anda boleh baca kisah kejayaan beliau di sini Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit Setahun. Kisah yang sungguh memberi inspirasi.

 

Seperti kebanyakkan kedai online yang lain di pasaran, Jamumall.com juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui program aflliate.

 

Konsep menjana pendapatan melalui aflliate ini amat lah mudah sahaja. Dengan hanya mempromosikan barangan dalam jamumall.com melalui link referral  url yang diberikan, kita boleh mendapat kominsen melalui 2 cara, iaitu melalui pay per click link tersebut sebanyak RM0.05  dan kominsen jualan sebanyak 10% hingga 15%  jika terdapat belian produk melalui link kita.

KOMINSEN DARI JAMUMALL MELALUI PAY PER CLICK

Ok.. Berikut 6 kelebihan menyertai program affiliate jamumall.com

 

  1. Lebih 100 produk untuk dipromosikan.

Ya.. lebih 100 jenis produk boleh dipromosikan menggunakan link referall jamumall. Lebih pilihan produk dipromosikan lebih banyak  peluang komisen diperolehi. Menarik juga mengenai produk jamumall adalah produk yang dijamin berkualiti dan mempunyai pemintaan tinggi.

 

  1. 10% komisen.

Setiap produk yang pelanggan beli melalui refferall anda, dapat 10% kominsen dan boleh sehingga 15%

Ya.. Kominsen ini agak lumayan. Jika pelanggan membeli produk yang berharga RM100 sudah tentu kita boleh mendapat kominsen RM10 bagi pembelian dari link referral kita..  Tugas mempromosikan link referall jamumall ini juga mudah dan memerlukan kreativiti kita sendiri.

 

  1. 5% sub-komisen.

Setiap affiliate yang mendaftar melalui link anda, anda juga terima 5% komisen dari jualan

Ya.. Setiap kali para affiliate yang telah mendaftar melalui link kita, ianya akan memberi keuntung berganda kepada kita. Mana tak nya.. kita akan mendapat 5% kominsen jug ajika rakan affiliate di bawah kita Berjaya menghasilkan jualan. Sekarang ni daftar dulu sebagai rakan affiliate jamumall. Lepas tu jemput rakan lain untuk menjadi ahli affiliate jamumall. Jika mereka mampu menghasilkan jualan kita juga akan mendapat keuntung juga. Sistem affiliate yang sungguh menarik.

 

  1. Pembayaran konsisten.

Pembayaran komisen setiap 15 haribulan setiap bulan.

l, produk jamumall

Ya.. Jika berjaya mendapat kominsen pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan iatu 25 haribulan. Best.. sebab pertengahan bulan dah ada duit masuk akuan kita.

 

  1. Statistic affiliate disediakan.

Ya.. statistic afliate sangat penting kerana semua maklumat kempen affiliate di hujung jari anda. Ketahui kempen yang berkesan. Melalui data yang dikumpul dalam statistic affiliate akan memudahkan kita mengetahui kempen yang berjaya menghasilkan jualan.

 

  1. Bantuan penuh. Hadapi masalah dengan affiliate?

Ya.. Jangan risau jika kita menghadapi masalah dengan affiliate jamumall kerana pihak  memberi bantuan penuh untuk semua ahli affiliate.

 

Ok.. setakat ini sahaja mengenai program affiliate jamumall ini. Semoga dengan kewujudan jamumall.com ini kita sama-sama dapat menjana pendapatan sampingan dan berjaya selalu.

Cara Mempromosikan Dan Menjual Barangan Import Taobao

CARA MEMPROMOSI PRODUK TAOBAO.COM

 

1. INSTAGRAM

Instagram adalah platform social media yang kini hangat digunakan ramai orang Malaysia, terutamanya generasi muda. Selain itu, Instagram juga telah mula digunakan online marketer untuk tujuan memasarkan produk mereka. Pelajari teknik untuk berniaga menggunakan instagram anda melalui ebook ini.

2. FACEBOOK FANPAGE

Sejak akhir-akhir ini ramai peniaga menggunakan facebook fanpage untuk mempromisikan dan menjual barangan mereka dengan pantas dan mudah. Saban hari pengguna facebook semakin meningkat dan prospek pelanggan anda juga meningkat jika bijak membuat promosi di media social ini.

3. MUDAH.MY

Mudah.my merupakan laman web untuk pengguna internet berjual beli di Malaysia. Mudah.my menggunakan konsep berjual beli dari penguna ke pengguna secara maya. Jika anda mempunyai produk yang diimport dari Taobao, boleh memasrkan produk tersebut dengan memasang iklan di Mudah.my

Kebaikan anda menggunakan mudah.my ini adalah iklan yang anda letakkan pada laman ini adalah percuma. Melalui mudah.my, prospek pelanggan akan menaip jenis produk yang dicari. Jika terjumpa iklan produk anda, mereka akan menghubungi anda dan berurusan dengan anda.

4. FORUM DIGITAL

Produk yang telah diimport dari Taobao juga boleh dipromosikan dan dijual melalui forum-forum yang anda sertai. Anda perlu terlibat aktif dalam forum digital dan promosikan produk dengan berhemah dan mula menjana keuntungan anda. Antara forum digital yang boleh anda sertai adalah lowyat.net, carigold dan banyak lagi.

5. LELONG.COM.MY

Anda juga boleh mengiklankan barang anda dan kemudian membuat jualan di laman lelong.com.my. tetapkan harga berpatutan  barangan anda dan berurusan dengan pelanggan yang berminat dan seterusnya menjana keuntungan. Jika anda pandai melelong barangan tersebut, keuntungan boleh berlipat kali ganda.

6. LAMAN WEB SENDIRI

Bangunkan laman web jualan anda sendiri menggunakan laman percuma seperti blogger atau wordpress. Dapatkan domain, hosting dan bangunkan laman web yang menarik untuk menarik prospek pelanggan anda. Antara contoh perniagaan online yang mempunyai laman web sendiri adalah seperti Lazada.com.my dan Zalora.com

5 Kebaikan Memulakan Perniagaan Dengan Menjual Barangan Taobao Secara Online

1. MODAL PERNIAGAAN ONLINE YANG SANGAT KECIL

Ya.. memulakan perniagaan secara online hanya memerlukan modal yang sangat rendah. Untuk memulakan perniagaan menjual barangan taobao secara online kita boleh memulakan dengan modal serendah RM500-RM1000 sahaja. Dari mendapatkan lesen perniagaan, menempah stok jualan di taobao.com, sehinggalah membuka fanpage atau laman web jualan, modal yang digunakan adalah sangat minima. Jika dibandingkan  kita membuka perniagaan secara offline seperti perniagaan membuka kedai makan atau restoran yang memerlukan kita menyewa premis, mengubah suai, membeli perabot, menggaji pekerja, mencari tukang masak, promosi, lesen perniagaan sehinggalah wang tambahan untuk menampung kerugian pada awal perniagaan. Modal perniagaan offline ini sangat tinggi berbanding berniaga secara online yang mengkhususkan menjual barangan dari taobao.com

 

2. PERNIAGAAN ONLINE BARANGAN TAOBAO TIDAK MEMERLUKAN KOS OPERASI YANG BESAR

Kos bulanan untuk memasarkan barangan taobao secara online  sangatlah rendah. Jika anda berniaga secara skala kecil, kos bulanannya hampir tiada. Bagi yang mempromosikan barangan taobao menggunakan laman facebook fanpage hanyalah mengeluarkan kos minima  bayaran untuk iklan di Facebook atau dapatkan ‘likes’ di fanpage. Mungkin anda boleh masukkan bil internet dan elektrik, tapi itupun kita gunakan untuk tujuan lain, bukan sahaja untuk perniagaan. Jika dibandingkan dengan perniagaan offline restoran  kos membayar gaji pekerja, bil elektrik dan air tetap perlu dibayar pada setiap hujung bulan. Ini belum termasuk lagi menampung kerosakkan pada perabot atau perkakas dalam kedai yang akan memakan keuntungan restoran anda. Oleh itu, memulakan perniagaan secara online adalah pilihan terbaik.

 

3. PENGURUSAN PERNIAGAAN ONLINE JUGA AMAT MENYENANGKAN

Pengurusan harian perniagaan online adalah lebih mudah. Untuk perniagaan online kecil-kecilan, stok boleh disimpan di bilik stor rumah. Kedai anda hanyalah dalam bentuk maya yang tidak perlu disapu dan dimop saban hari. Anda boleh bekerja dengan memakai baju biasa  sahaja tanpa perlu risau imej perniagaan anda tercalar. Sistem pembayaran hanya memerlukan anda membuka akaun online banking dengan bank pilihan anda.  Pemantaun perniagaan online juga adalah mudah. Anda hanya boleh menghubungi ejen taobao dari rumah atau pejabat sahaja untuk menempah barangan dari laman taobao.com. Pihak ejen taobao akan menguruskan tempahan anda dan anda hanya fokus mempromosikan barangan tersebut.

 

4. PERNIAGAAN ONLINE MEMPUNYAI CAPAIAN PASARAN YANG SANGAT LUAS

Mempromosikan barangan taobao anda tidak hanya tertumpu di satu tempat sahaja. Capaian pasaran perniagaan online anda amatlah luas. Jika anda menetap di Kuala Lumpur, pasaran perniagaan online anda bukan hanya di KL sahaja malah prospek pelanggan anda boleh di seluruh Negara atau luar negara.

 

5. PERNIAGAAN ONLINE BARANGAN TAOBAO TIDAK BERISIKO BESAR

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos memulakan perniagaan menjual barangan taobao secara kecil-kecilan tidaklah besar. Kos boleh dianggarkan sekitarRM500-RM1000 sahaja.

Andai kata kalau perniagaan  online anda tidak berjaya pun, kita tidak terlalu sakit. Hilang RM500-RM1000 boleh dicari balik dengan senang. Jadi kita tidak terlalu takut untuk mencuba balik untuk berniaga.

Jadi, secara keseluruhannya, perniagaan  online adalah perniagaan yang paling sesuai dengan mereka yang tidak ada modal besar, tidak banyak pengalaman berniaga dan tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggung risiko kerugian yang tinggi.

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan online barangan taobao, anda bolehlah mendapatkan ilmu perniagaan tersebut  melalui ebook Rahsia Taobao. Semoga anda berjaya dan terus berjaya.

 

PANDUAN LENGKAP MEMBORONG DARI CHINA

riangria.my © 2016 Frontier Theme