Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Salam kepada semua pengujung blog RIANGRIA.MY

Artikel kali ini memaparkan kisah inspirasi seorang insan OKU yang mampu membina kejayaan amat luar biasa dalam hidup beliau. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada kita semua.

Siapa sangka dari seorang yang merasakan dirinya telah putus harapan untuk berjaya dalam hidup dek kerana keadaan diri yang tidak sempurna seperti orang lain. Kini beliau telah bergelar seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.

HANYA DENGAN 3 JARI KHAIRUL NIZAM BERJAYA MENGHASILKAN JUALAN LUMAYAN

Usahawan dari golongan insan OKU yang dimaksudkan  ini adalah saudara  Khairul Nizam Wasidin iaitu pengasas kepada JAMUMALL.COM dan CEO Spirit Beauty Sdn Bhd

Kejayaan yang beliau kecapi pada hari ini tidaklah datang bergolek begitu sahaja. Banyak cabaran dan onak duri yang terpaksa saudara Khairul Nizam tempuhi iaitu seawal dari kelahiran beliau sehingga bergelar usahawan yang berjaya.

 

DILAHIRKAN DENGAN MASALAH PENYAKIT SARAF DAN TULANG

GAMBAR KHAIRUL NIZAM SEMASA BABY LAGI

Kisah Saudara Khairul Nizam bermula apabila beliau dilahirkan sebagai bayi yang disahkan menghidapi masalah penyakit saraf dan tulang. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak mampu membuang air besar dengan sendiri dan mengalami masalah buah pinggang. Pada ketika itu, doktor yang merawat Khairul Nizam menjangkakan umur dengan keadaan yang dihadapinya hanya mampu bertahan hidup sehingga umur 19 tahun sahaja.

 

 

Bagi ibu bapa, bukan mudah untuk menerima hakikat anak yang mereka lahirkan cacat dan akan meninggal dunia pada umur 19 tahun sahaja. Tetapi ibu dan bapa Khairul Nizam terima dengan redha, dan mengikuti nasihat doktor untuk kerap membawa anak mereka ini ke hospital untuk rawatan susulan dan juga melakukan fisioterapi dan dalam masa yang sama mereka juga membawa Khairul Nizam berubat kampung. Alhamdulillah berkat usaha mereka Khairul Nizam mampu berdiri dan berjalan walaupun tempang.

 

KEHIDUPAN ZAMAN KANAK-KANAK KHAIRUL NIZAM

Kehidupan zaman kanak-kanak Khairul Nizam tidak seperti rakan yang sebaya dengannya. Mereka sekeluarga hanya tinggal menumpang di rumah datuknya yang terletak di kawasan setinggan. Walaupun melihat anak mereka tidak sempurna, namun kedua ibu bapanya tetap memberi peluang pendidikan kepada Khairul Nizam. Beliau mula bersekolah seawal tadika lagi.

STICKER – ANTARA BARANGAN YANG PERNAH DIJUAL KHAIRUL NIZAM SEMASA SEKOLAH RENDAH

Setiap hari ibunya akan menguruskan mandi, pakai, makan, menghantar dan mengambil nizam dari sekolah. Ibu Nizam terpaksa berkorban membeli sebuah basikal semata-mata untuk menguruskan anak istimewa mereka ke sekolah.

 

Memasuki alam persekolahan darjah 1 adalah titik permulaan Khairul Nizam berjinak-jinak dalam perniagaan. Setiap hari sebelum waktu rehat sekolah beliau mengambil order dari rakan-rakan sekelas yang ingin membeli pensil, pen, pemadam, buku, tisu dan lain-lain. Khairul Nizam akan membeli barangan tersebut di kedai buku tempat beliau tujui pada waktu rehat kerana tidak mahu berebut dengan murid lain di kantin sekolah.  Dari  sini Khairul Nizam mula berlajar apa itu bisnes.

 

KEADAAN NIZAM SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BOLEH BERJALAN

Ketika di darjah 4 kesihatan Khairul Nizam semakin merosot dan semakin lemah. Beliau sudah mula tidak boleh berjalan.  Ketika  ini semakin sukar untuk nizam meneruskan persekolahan tanpa kerusi roda.  Jika  ingin ke tandas terpaksa gunakan kerusi kayu dan seret  ke tandas, sehingga dimarahi cikgu kerana takut kaki kerusi patah, tetapi nizam terpaksa menebalkan muka kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dengan meminta kerusi roda.

 

Ketika di Darjah 6 keadaan Khairul Nizam semakin parah, sekarang beliau sudah tidak mampu berjalan langsung, dan keadaan semakin lemah, untuk meneruskan persekolahan. Khairul Nizam sangat memerlukan kerusi roda. Puas  ayah dah ibu cuba mendapatkan bantuan kerusi roda tetapi tidak berhasil, sehingga satu masa ada rakan ayahnya cuba membantu dengan memasukkan namanya di dalam senarai bantuan pesara tentera. pada mulanya mereka hanya ingin memberikan nizam sebatang tongkat, tetapi setelah melihat keadaan nizam yang perlu di dukung ke ibu bapa , mereka menukarkan dengan kerusi roda.

 

TERPAKSA BERHENTI SEKOLAH KETIKA DI DARJAH 6

Melihat keadaan Nizam yang semakin tenat dan keadaan keluarga yang tidak menentu, telah menyebabkan Khairul Nizam berhenti sekolah ketika darjah 6. Namun bagi beliau, tidak meneruskan persekolahan bukanla sesuatu yang buruk , malah nizam dapat meringankan beban ibu bapa untuk tidak menyusahkan mereka setiap hari perlu menguruskan nizam ke sekolah, malah ibu dapat berniaga untuk menampung kami sekeluarga.

 

PERISTIWA PATAH KEDUA-DUA KAKI

Pada umur 16 tahun, kehidupan Khairul Nizam diuji sekali lagi. satu hari ayah dan ibu beliau terpaksa pulang ke kampung atas urusan penting, Khairul Nizam ditinggalkan bersama adik yang berumur 12 dan 11 tahun. Kerana ingin bermain bersama rakan-rakan sewaktu petang, adik mengajak Khairul Nizam untuk ikut sekali. Dengan  bantuan 2 orang adik Khairul Nizam dapat duduk di atas kerusi roda, dan mereka menolak Khairul Nizam ke luar rumah, tetapi nasib tidak menyebelahi nizam .

Semasa ditolak menggunakan kerusi roda, terdapat  satu benteng batu di depan rumah  yang asalnya benteng dibina untuk mengelak banjir masuk ke dalam rumah.  Untuk  melepasi benteng itu adik beliau telah menggunakan kayu, dan menolak Khairul Nizam dengan laju, tanpa disedari Khairul Nizam terus terjatuh ke depan dan patah kedua-dua belah tulang peha.

 

KEADAAN KHAIRUL NIZAM SEMAKIN KRITIKAL

Selepas peristiwa patah kaki tersebut keadaan Khairul Nizam semakin kritikal, dimana beliau sudah langsung tidak mampu bergerak, hanya mampu duduk dan baring beralaskan tikar getah.

 

KHAIRUL NIZAM SEMASA UMUR 16 TAHUN – TIDAK MAMPU BERGERAK LAGI

Dengan keadaan Khairul Nizam yang kritikal , berbulan bulan tidak mandi, kencing berak semua di tempat yang sama hanya beralaskan surat khabar, Khairul Nizam memerlukan katil khas seperti hospital untuk memudahkan buang najis dan juga mengelakkan kulit berkudis dan senang untuk diuruskan mandi dan sebagainya, tetapi ketika itu walaupun sangat memerlukan Khairul Nizam hanya menyimpan jauh ke dalam lubuk hati, kerana  sedar ayah dah ibu tidak mampu membeli katil yang bernilai RM3000 itu.

 

Bayangkan keadaan Khairul Nizam ketika itu , dengan badan yang berbau, daki tebal seluruh badan mana mungkin dia ade confident diri untuk berjumpa dengan sesiapapun walaupun saudara sendiri, rasa diri malu, hina, jijik dan macam-macam perasaan yang hadir ketika itu. Khairul Nizam betul-betul tidak mampu meneruskan dugaan yang ada, sampai ada perasaan lebih baik allah ambik nyawa nyawa beliau.

 

Tetapi Khairul Nizam sangat beruntung kerana di kurniakan seorang ibu yang sangat kuat, tidak putus-putus memberikan semangat untuk meneruskan kehidupan, dan beliau berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk katil, malangnya pihak kebajikan hanya datang kerumah, mengambil gambar dan memberitahu permohonan tidak diluluskan atas sebab ayah masih bekerja, dan ibu berniaga.

 

 

TURNING POINT KEJAYAAN KHAIRUL NIZAM

Melihat kesusahan keluarga , dan kesusahan mereka menguruskan Khairul Nizam , terdetik didalam hati untuk melakukan sesuatu, tapi apa yang Khairul Nizam boleh buat ketika itu dengan keadaan yang begini? Tetapi allah itu maha besar, selagi hampanya ingin berubah dengan niat yang baik insyaallah dia akan menjukkan jalan.  setiap  hari pelanggan yang datang di kedai runcit ibu Khairul Nizam  di depan rumah bertanyakan prepaid topup. setelah berkali kali di tanya, ade permintaan, jadi Khairul Nizamanggapkan ini satu peluang.

KHAIRUL NIZAM PERNAH BERNIAGA PREPAID TOPUP

Dengan bermodalkan RM100 hasil sedekah saudara mara yang datang melawatKhairul Nizam memulakan perniagaan prepaid topup , beliau menyediakan sebuah buku nota di kedai runcit ibu , dan setiap customer akan menulis no mereka di buku , dan ibu akan pas buku pada Khairul Nizam di dalam rumah untuk mengkreditkan topup pelanggan .

 

Dari situ Khairul Nizam mula mendapat keuntungan perniagaan RM0.05-RM0.50 untuk setiap traksaksi , dan dalam sebulan nizam dapat hasil jualan diantara RM50-RM200, Bayangkan bertapa bersyukurnya Khairul Nizam rasa. Dengan duit yang ade Khairul Nizam gunakan untuk belanja adik adik gula-gula, keropok, mainan.

 

Tapi hari bukannya selalu cerah, Khairul Nizam  diuji dengan ujian yang begitu berat, hanphone yang Khairul Nizam  gunakan sebagai alat mencari rezeki di ragut seorang lelaki tidak bertanggungjawab, didepan mata Khairul Nizam sendiri !! perasaan Khairul Nizam  ketika itu hanya allah yang tau, Khairul Nizam meraung menangis tanpa boleh melakukan apa-apa dengan keadaan yang lumpuh. selepas dari kejadian itu Khairul Nizam menjadi murung, dan menangis setiap hari …

Akhirnya, ibu mengambil keputusan untuk membelikan phone baru dengan berhutang di kedai cina, kebetulan kedai cina tersebut memang baik dengan ibu, dan dia memberikan ibu membayar setiap bulan.

 

 

ALLAH BERIKAN UJIAN UNTUK BERIKAN YANG LEBIH BAIK”

Khairul Nizam mula sedar, allah hanya ujib beliau untuk mendapatkan yang lebih baik , phone yang ibu hadiahkan adalah phone pertama yang nizam gunakan dengan adanya talian internet, dari situlah Khairul Nizam mula kenal dan berlajar apa itu “PERNIAGAAN ONLINE” .

 

GIGIH MENIMBA ILMU KUNCI KEJAYAAN KHAIRUL NIZAM BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

Hanya menggunakan phone Khairul Nizam mula berlajar tentang perniagan online, dan nizam gunakan phone yang ada untuk mencari pendapatan untuk membantu keluarga, walaupun dengan keadaan yang agak kritikal nizam mempunyai kesedaran hebat untuk berjaya dan membantu keluarga beliau.

 

Alhamdulillah sepanjang 10 tahun banyak sangat kisah luka , duka, dalam perniagaan ..antaranya laptop yang digunakan tiba-tiba meletop, pernah digelar sebagai penipu, kerana menggunakan nama lelaki tetapi akaun bank seorang wanita. Bukan mudah kerana ketika Khairul Nizam menjalankan perniagaan online, beliau pernah berhasrat ingin mempunyai akaun bank atas nama sendiri, company atas nama sendiri, tetapi di tolak mentah-mentah kerana keadaan Khairul Nizam kritikal tidak boleh menguruskan akaun bank sendiri.

 

Sepanjang Khairul Nizam berbisnes online di rumah, beliau pernah digelar sifu online di sebalik nama ERASIBER, tetapi student tidak pernah siapakah di sebalik nama itu.  Kerana Khairul Nizam mempunyai niat yang sangat hebat ingin membantu orang ramai menjana pendapatan secara online, kebanyakan student yang berlajar bersama beliau melalui online menunjukkan hasil positif.

 

 

“AKU TAK BOLEH MACAM NI !! KENA LEBIH BERJAYA”

Setelah 10 tahun berniaga secara online, dari pendapatan SEN SEN kini mampu menghasilkan jualan RM50,000 – RM100,000 sebulan, bisnes semakin hari semakin berkembang, sehingga dapat menghantar family berjalan ke luar negara, setiap kali mak, ayah, adik2 keluar negara.

 

Hari demi hari kehidupan Khairul Nizam semakin tertekan , dan sunyi… 10 tahun hanya duduk di rumah, tidak bergaul dan berjumpa dengan sesiapa membuatkan hati Khairul Nizam terdetik ….

AZIZAN OSMAN ADALAH MENTOR YANG BANYAK MEMBIMBING KEJAYAAN KHAIRUL NIZAM

“AKU NAK BERAJAYA SAMA MACAM ORANG LAIN, ADA KEHIDUPAN YANG SEMPURNA, BOLEH BERJALAN KE MANA SAHAJA, AKU TERINGIN SANGAT NAK NAIK FLIGHT PERGI KE LUAR NEGARA, YA ALLAH KALAU AKU TAK DAPAT NAIK FLIGHT DI DUNIA , PERKARA PERTAMA AKU NAK BUAT DI SYURGA ADALAH NAIK FLIGT”

 

Sejak dari itulah Khairul Nizam mula menyuarakan hasrat beliau ingin keluar, dan berlajar bersama DR AZIZAN OSMAN. Khairul Nizam mula memberanikan diri mendaftar program ke program RM30 HIDUP LUAR BIASA. Sejak dari itu kehidupan Khairul Nizam mula berubah, Dr Azizan banyak memberikan motivasi diri, membantu Khairul Nizam membuka akaun bank dan syarikat atas nama sendiri. dan Khairul Nizam mampu travel ke luar negara.

 

KHAIRUL NIZAM – IKON USAHAWAN OKU BERJAYA

Sejak dari itu kehidupan Khairul Nizam mula berubah, yang dulunya sekadar angan-angan kini menjadi kenyataan. Khairul Nizam mula berani keluar dan bergaul dengan orang ramai. siapa  sangka seorang yang dahulunya lumpuh, kehidupan hanya di dalam rumah kini mampu MENJADI IKON USAHAWAN, ramai yang berjumpa dan teruja dengan semangat juang yang di tonjolkan Khairul Nizam. Khairul Nizam juga selalu di dijemput ke program-program tv untuk berkongsi rahsia kejayaan .

 

BARANGAN YANG SIAP DIHANTAR KEPADA PELANGGAN

Bagi Khairul Nizam kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha, bayangkan jika beliau tidak mula usaha untuk mengubah nasib, mungkin keadaanya akan lebih teruk. tapi percayalah walau apa jua cabaran yang ada dalam kehidupan anda perlu tabah dan sentiasa berfikiran positif, sentiasa baik dengan orang di sekeliling dan bantu keluarga dan orang yang susah. Insyaallah kejayaan akan datang bergolek kepada anda. Percayalah anda sendiri yang mampu mengubah nasib anda, nizam seorang yang cacat, tidak berpelajaran mampu membuktikan bahawa jika anda berusaha dan mempunyai niat yang baik beliau mampu berjaya.

 

MENGASASKAN JAMUMALL.COM UNTUK MEMBANTU RAMAI USAHAWAN LAIN MEMASARKAN PRODUK

UBAH DIRI…! UBAH NASIB… ! KHAIRUL NIZAM NAK BANTU ANDA !

Kini dengan perniagaan Khairul Nizam bukan sahaja dapat membantu diri beliau, keluarga, malah Khairul Nizam mempunyai harapan yang sangat besar ingin membantu rakan-rakan oku yang senasib,

 

Sekarang dengan perniagan beliau JAMUMALL.COM, Platform online yang boleh membantu sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan secara online dengan sistem yang dibina atas idea Khairul Nizam sendiri ini memudahkan peniaga-peniaga online untuk memasarkan produk secara DROPSHIP dan AFFLIATE , kata nizam kebanyakan peniaga-peniaga yang baru ingin meningkat naik tidak didedahkan dengan sistem dan ilmu yang betul bagaimana cara untuk menjana pendapatan secara online.

JAMUMALL.COM MILIK KHAIIRUL NIZAM MEMBERI PELUANG KEPADA ORANG RAMAI UNTUK BERSAMA-SAMA MENJANA PENDAPATAN SEBAGAI VENDOR, DROPSHIP ATAU AFFLIATE

8 comments on “Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit Setahun

  1. jomria

    kisah kejayaan yang sangat memberi inspirasi kepada semua.. walaupun golongan oku mampu juga jadi jutawan kerana bertindak berdasarkan ilmu yang betul..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge