Riangria.my

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda

Kelebihan Buat Duit Dengan Bisnes Bakeri Dari Rumah Untuk Suri Rumah Sepenuh Masa

BELAJAR BISNES BAKERI

Bisnes sepenuh masa dari rumah telah menjadi trend terkini bagi masyarakat Malaysia. Dengan perkembangan teknologi internet yang semakin canggih, telah memudahkan lagi operasi usahawan menjalankan bisnes dari rumah. Kini suri rumah yang mementingkan  penjagaan keluarga sepenuhnya tidak terkecuali untuk terlibat dalam bisnes dari rumah. Antara bisnes yang rancak diusahakan oleh kebanyakkan  suri rumah sepenuh masa kini adalah BISNES BAKERI.

Ya.. Kenapa BISNES BAKERI dari rumah menjadi pilihan sebilangan besar suri rumah untuk menjana pendapatan. Berikut merupakan perkongsian yang diberikan oleh Pn Nik Roslin Nik Men (Penulis Ebook Bisnes Bakeri) yang merupakan seorang suri rumah dan pakar perniagaan bakeri dari rumah.

 

Beliau menyenaraikan seperti berikut  sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.

 

# Kos Pemulaan Bisnes Bakeri Yang Kecil

Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa. Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda

 

# Tidak Perlu Terlalu Menjual.

Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order

 

# Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

 

# Urusan Rumah tangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga

PANDUAN TERBAIK BISNES  BAKERI DARI RUMAH

Blogged.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
riangria.my © 2016 Frontier Theme