Jenis Barangan Yang Tidak Digalakkan Ketika Memborong Di Taobao

Elakkan Memborong Barangan Jenis Ini Ketika Pertama Kali Memborong Di Taobao.com

 

#1 Barangan Jenis Mekanikal,  Memerlukan Kualiti Tinggi Dan Jaminan Produk

Seboleh-bolehnya elakkan dari memborong produk-produk seperti ciri-ciri ini. Contohnya barangan elektrikal seperti blender. Kita kena beringat yang produk kita ini diimport dari China kadang kala tidak seperti kualiti barangan Jepun atau Jerman. Jadi, pilihlah benda yang tidak mekanikal.

 

#2 Barangan Yang Telah Banyak Dipasarkan  Di Pasaraya Seperti Giant, Tesco Atau Mydin

Seeloknya jangan memborong barangan yang telah banyak dijual di pasar raya tempatan.  Apa yang kita perlukan adalah satu produk niche, khusus yang mempunyai permintaan yang konsisten dan berpanjangan, dan boleh dijual pada harga 100% keuntungan. Anda tidak mungkin dapat memborong dan menjual produk pasaraya seperti stokin pada harga yang kompetitif. Lagipun, kalau pembeli boleh saja turun ke supermarket, beli dan terus guna, kenapa kena bayar online, dan tunggu 2-3 hari untuk dapat barang?

 

#3 Barangan Yang Telah Mempunyai ‘Powerseller’ Yang Ramai, Yang Mampu Menjual Pada Kuantiti Yang Banyak.

Contoh produk seperti  iPhone casing dan jersi bola telah mempunyai ramai penjual yang kompetetif. Jika anda memborong barangan jenis ini di Taobao mungkinanda  akan menghadapi masalah. Produk-produk sebegini mempunyai ramai ‘PowerSeller’ dan  sukar untuk anda melawan harga yang ditawarkan mereka ini. Mereka dengan senang sahaja boleh menghancurkan perniagaan anda dengan menjual pada harga sangat rendah, malahan lebih rendah dari harga modal anda. Ini kerana ‘PowerSeller’ memborong dalam jumlah yang sangat besar, dan hasilnya modal setiap item produk mereka pun sangat rendah. Anda perlu mencari produk yang tidak mempunyai ‘PowerSeller’, dan biasanya produk yang niche dan khusus tidak akan disentuh mereka.

 

#4 Barangan Yang Sangat Sensitif & Elektronik

Dari segi standard  kualiti pengilangan dari China tidaklah tinggi, jadi elakkan produk-produk yang sensitif dan memerlukan ketepatan tinggi seperti barangan elektronik. Barangan elektronik seperti speaker, mikrofon  memang nampak cantik bagi keluaran China, namun kualiti produknya boleh diragui.

PANDUAN IMPORT DARI CHINA INI AKAN MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN PRODUK BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN PERNIAGAAN ANDA!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge