Riangria.my

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda

Ciri-Ciri Barang Yang Sesuai Diimport Di Taobao.Com Untuk Dijual Dalam Pasaran Tempatan

Ciri-Ciri Barang Yang Sesuai Diimport Di Taobao

 

Seperti yang kita ketahui, Taobao.com mempunyai berjuta-juta barang yang didagangkan. Barangan yang terdapat di Taobao ini mempunyai pelbagai bentuk, saiz, ciri-ciri dan rupa. Bagi peniaga, pilihan barangan yang banyak ini merupakan kelebihan kepada mereka. Barangan yang hendak diimport boleh dicari dengan senang.

 

Walau bagaimanapun, memilih barangan di Taobao juga tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Kajian yang mendalam harus dilakukan sebelum memborong di Taobao. Ini adalah untuk mengelakkan seseorang pemborong itu tidak mengalami kerugian kerana tersalah import  barangan di Taobao.

Apakah ciri-ciri barangan yang paling sesuai diimport di Taobao dan mendatangkan untung yang maksimum apabila didagangan di pasaran tempatan?

Berikut merupakan beberapa ciri-ciri barang yang  sesuai untuk diimport di Taobao dan dipasarkan dalam pasaran tempatan dengan keuntungan yang tinggi.

 

#1 Barangan Yang Kecil Dan Ringan Untuk Dibawa

Jika anda memborong barangan yang bersaiz besar dan berat kos yang anda keluarkan akan meningkat. Ini adalah kerana semakin besar dan berat produk anda, semakin tinggi kos pengiriman dari pengilang kepada anda, dan dari anda kepada pelanggan. Kalau kita tambahkan lagi dengan kos lain seperti pemulangan produk yang rosak dan simpanan, kos-kos ini akan menelan sebahagian besar keuntungan anda.

#2 Produk  Yang Diborong Perlulah Spesifik, Niche  dan Khusus

Semakin spesifik produk anda borong di Taobao, semakin kurang persaingan anda untuk memasarkan produk tersebut. Sebagai contoh jika anda mahu memborong jam tangan, janganlah memborong semua jenama jam tangan yang ada di Taobao. Carilah jenama jam yang spesifik untuk anda borong dan pasarkan di pasaran tempatan.

 

#3 Produk Yang Mempunyai Permintaan Sepanjang Masa

Carilah  produk di Taobao yang akan senantiasa mempunyai permintaan, sepanjang tahun. Elakkan memborong produk bermusim seperti barangan hiasan hari raya, atau produk-produk yang sangat bergantung kepada trend semasa sahaja.

 

#4 Produk Yang Boleh Dijual Pada Harga Sekurang-Kurangnya Sekali Ganda Modal

Carilah produk yang boleh mendatang keuntungan 100%. Jual barangan yang telah diimport di taobao pada harga sekali ganda modal.  Untuk menjual barangan tersebut dengan keuntung yang tinggi lakukan terlebih dahulu harga pasaran semasa . Cari kedai-kedai online di internet, dan bandingkan harga yang ditawarkan mereka dengan harga modal anda. Jika keuntungan anda di bawah 100%, lebih baik cari produk lain. Jika kena pada caranya barangan yang anda jual juga boleh mendapat keuntungan 300%, iaitu harganya adalah 3 kali ganda harga modal

 

PELAJARI DENGAN LEBIH MENDALAM CARA IMPORT DI TAOBAO YANG MENGUNTUNGKAN PERNIAGAAN ANDA

Blogged.my

2 Comments

Add a Comment
  1. Apa-apa pun memang kita kena buat research dulu… Baru la tau nak pilih yg mana… mana yang sesuai etc…
    Wan Syahida recently posted…Kebaikan dan Kepentingan DHA (Omega-3) Untuk Ibu Hamil dan MenyusuMy Profile

  2. kena juga tahu ciri3 yang sesuai, baru senang nak bawa masuk
    RAIHANAH AHMAD recently posted…Vivix Shaklee dan Perlindungan DNAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
riangria.my © 2016 Frontier Theme