Riangria.my

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda

Cara Mempromosikan Dan Menjual Barangan Import Taobao

CARA MEMPROMOSI PRODUK TAOBAO.COM

 

1. INSTAGRAM

Instagram adalah platform social media yang kini hangat digunakan ramai orang Malaysia, terutamanya generasi muda. Selain itu, Instagram juga telah mula digunakan online marketer untuk tujuan memasarkan produk mereka. Pelajari teknik untuk berniaga menggunakan instagram anda melalui ebook ini.

2. FACEBOOK FANPAGE

Sejak akhir-akhir ini ramai peniaga menggunakan facebook fanpage untuk mempromisikan dan menjual barangan mereka dengan pantas dan mudah. Saban hari pengguna facebook semakin meningkat dan prospek pelanggan anda juga meningkat jika bijak membuat promosi di media social ini.

3. MUDAH.MY

Mudah.my merupakan laman web untuk pengguna internet berjual beli di Malaysia. Mudah.my menggunakan konsep berjual beli dari penguna ke pengguna secara maya. Jika anda mempunyai produk yang diimport dari Taobao, boleh memasrkan produk tersebut dengan memasang iklan di Mudah.my

Kebaikan anda menggunakan mudah.my ini adalah iklan yang anda letakkan pada laman ini adalah percuma. Melalui mudah.my, prospek pelanggan akan menaip jenis produk yang dicari. Jika terjumpa iklan produk anda, mereka akan menghubungi anda dan berurusan dengan anda.

4. FORUM DIGITAL

Produk yang telah diimport dari Taobao juga boleh dipromosikan dan dijual melalui forum-forum yang anda sertai. Anda perlu terlibat aktif dalam forum digital dan promosikan produk dengan berhemah dan mula menjana keuntungan anda. Antara forum digital yang boleh anda sertai adalah lowyat.net, carigold dan banyak lagi.

5. LELONG.COM.MY

Anda juga boleh mengiklankan barang anda dan kemudian membuat jualan di laman lelong.com.my. tetapkan harga berpatutan  barangan anda dan berurusan dengan pelanggan yang berminat dan seterusnya menjana keuntungan. Jika anda pandai melelong barangan tersebut, keuntungan boleh berlipat kali ganda.

6. LAMAN WEB SENDIRI

Bangunkan laman web jualan anda sendiri menggunakan laman percuma seperti blogger atau wordpress. Dapatkan domain, hosting dan bangunkan laman web yang menarik untuk menarik prospek pelanggan anda. Antara contoh perniagaan online yang mempunyai laman web sendiri adalah seperti Lazada.com.my dan Zalora.com

Blogged.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
riangria.my © 2016 Frontier Theme