7 Risiko Yang Sering Terjadi Ketika Memborong Barang Dari China Secara Online

Risiko Ketika Memborong Barang Dari China Secara Online

 

Memborong barangan dari China secara online juga mempunyai risikonya tersendiri. Semua risiko ini akan terjadi jika seseorang itu tidak berhati-hati dan tiada pengetahuan yang mendalam untuk memborong secara online barangan dari Negara China.

 

Kerana terlalu gairah untuk mendapatkan barangan secara borong di China ramai yang memborong tanpa ilmu yang secukupnya dan akan telah menanggung kerugian. Berikut adalah beberapa risiko yang perlu ditanggung jika transaksi memborong secara online tidak menjadi. Masalah yang sering timbul adalah seperti;

 

1. Ditipu Supplier

Tidak semua supplier yang jujur dan ada yng menjalankan perniagaan dengan menipu pelanggan. Agak malang jika anda mendapat supplier yang menipu dalam menjalankan perniagaan borong ini. Risiko ini tinggi kerana anda tidak akan bersemuka dengan supplier secara terus kerana komunikasi anda dengan supplier hanya dalam talian maya.

 

2. Stok Yang Tak Boleh Pakai

Alamak.. lain yang anda pesan.. lain pula barang yang datang.. keadaan ini akan menyebabkan anda menyimpan stok barang yang salah dan sukar untuk dipromosikan. Mungkin stok yang anda simpan tersebut juga mengalami kerosakan dan menyukarkan anda untuk menjualnya.

 

3. Tersalah  Pilih Stok Yang Tak Terjual

Kes ini kurang lebih sama seperti kes di atas. Kerana tidak membuat kajian pasaran yang mendalam, risiko untuk memilih stok yang salah agak tinggi. Akhirnya stok tersebut akan susah dijual dan anda bakal mengalami kerugian.

 

4. Barang Yang Ditempah Tidak Diterima Atau Hilang

Rugi memang rugi.. proses bayaran telah dibuat. Namun barang yang telah ditempah ditdak diterima. Lebih teruk kalau barangan tersebut tidak diketahui dimana tempatnya dihantar.  Terpaksa pasrah kalau kejadian seperti ini terjadi.

 

5. Barang Terima Tapi Tidak Seperti Gambar Dijual

Gambar yang dipaparkan dalam laman web borong semuanya cantik-cantik belaka. Memang tertarik dan menawan pelanggan untuk mendapatkannya. Namun, ketika barangan yang telah ditempah sampai, lain pula keadaan barangan tersebut. Tidak seperti yang digambarkan dalam laman web. Ramai yang telah mengalami keadaan seperti ini.

 

6. Barang Di Tahan Kastam

Besar kemungkinan barang yang kita tempah secara borong akan ditahan oleh kastam. He.. meungkin barangan tersebut ada melanggari peruntukkan undang-undang dalam Negara.

 

7. Barang Kena Cukai Yang Tinggi

Tidak mustahil barangan yang kita tempah dikenakan cukai yang tinggi oleh kerajaan. Mungkin sebelum kita membuat pembelian borong kita tidak mengetahui cukai barangan tersebut. Selepas kita membuat bayaran barangan tersebut pihak kerajaan akan mengenakan cukai yang tidak terfikir oleh kita. Risiko kerugian itu memang ada pada tahap ini.

 

Oleh yang demikian anda perlu membuat kajian yang medalam sebelum memborong dengan lebih serius barangan dari china.

 

PANDUAN RAHSIA TAOBAO INI BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN ANDA UNTUK MENGETAHUI SELOK BELOK DENGAN MENDALAM BORONG BARANGAN DARI CINA

2 comments on “7 Risiko Yang Sering Terjadi Ketika Memborong Barang Dari China Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge