6 Punca Utama Berlakunya Migrain

Punca utama berlakunya migrain ialah;

 

PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate, keju, nitrate, coklat, kekacang, alcohol dan aspartame boleh menyebabkan anda diserang migraine kerana ada antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak dengan mengembangkan saluran darah.

Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman bergas juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

 

HORMON

Bagi perempuan turun anik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala atau mengamalkan pil perancang.

 

CARA HIDUP

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebh atau kurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar saat akhir dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton televisyen atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakanpunca-punca diserang migraine.

 

PERSEKITARAN

Faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising dan persekitaran yang kurang selesa.

 

STRESS

Faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dan sebagainya boleh menyebabkan migrain.

 

KECEDERAAN LAMA

Punca lain yang menyebabkan migraine ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yang berlaku pada saraf sama ada pada bahagian tengkuks atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan migrain

5 comments on “6 Punca Utama Berlakunya Migrain

  1. Syakilla Azam

    kadang-kadang kita ni dah ada tand baru nak jumpa doktor.. jarang sangat nak jumpa orang yang berikhtiar untuk mencegah penyakit ni.. terutamanya orang kita, orang melayu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge